pusat sumber

pusat sumber

Rancangan Tempatan Daerah Melaka Tengah 2015 - Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis




Kawasan Kajian dalam Konteks Wilayah terletak lebih kurang 160 km jarak jejari dari Kawasan Perancangan Pusat Kuala Lumpur. 120 km ke KLIA dan 140 km ke Putrajaya/ Cyberjaya. Bandar-bandar yang terletak bersempadan dengan Negeri Melaka adalah Port Dickson, Tampin, Gemas, dan Muar.

Kawasan Rancangan Tempatan Daerah (KRTD) Melaka Tengah terletak dalam Negeri Melaka yang berada di antara Daerah Jasin di bahagian timur dan Daerah Alor Gajah di bahagian utara. KRTD Melaka Tengah merangkumi keluasan 30,445.29 hektar mewakili 18.05 peratus daripada keluasan keseluruhan Negeri Melaka. KRTD Melaka Tengah menempatkan 371,263 orang penduduk pada tahun 2000. Ia merupakan daerah yang paling pesat membangun yang menempatkan ibu negeri – Bandar Melaka serta terdapatnya pelbagai pembangunan utama perindustrian, perdagangan, pelancongan, pendidikan, perumahan serta lainlain kemudahan infrastruktur.

KRTD Melaka Tengah terdiri daripada 30 buah mukim. Merangkumi tiga kawasan Parlimen. Secara keseluruhannya gunatanah utama Daerah Melaka Tengah ialah pertanian yang meliputi 12,447.50 hektar (40.88%). Ia juga merupakan daerah yang menjadi tumpuan kawasan perindustrian dan pelbagai aktiviti di peringkat negeri.

Dari segi pentadbiran, KRTD Melaka Tengah terletak di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). KRTD Melaka Tengah dapat dihubungi melalui jalan darat, laut dan udara. Dari darat, kemudahsampaian yang utama adalah melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Perhubungan di antara KRTD Melaka Tengah dengan kawasan luar adalah melalui jalan-jalan utama yang terdiri daripada Jalan Persekutuan 5, 19 dan 61 dan Lebuh raya Utara-Selatan. Jalan-jalan negeri menghubungkan antara pusat-pusat petempatan utama dan seterusnya perhubungan di sekitar kawasan aktiviti utama adalah melalui jalan-jalan tempatan. Terdapat 4 pintu masuk untuk ke KRTD Melaka Tengah. Ia terdiri daripada pintu masuk Sungai Udang yang bersempadan dengan Alor Gajah yang boleh menerima masuk kenderaan daripada kawasan Port Dickson dengan melalui Jalan Persekutuan 5. Pintu masuk kedua adalah daripada Paya Rumput yang menerima masuk kenderaan daripada Alor Gajah dan Seremban dengan melalui Jalan Persekutuan 19. Pintu masuk ketiga adalah daripada Lebuhraya Utara-Selatan melalui persimpangan Ayer Keroh dan pintu masuk keempat adalah daripada Ayer Molek yang menerima kenderaan daripada Jasin dan Muar melalui Jalan Persekutuan 5.


Muka surat :
Tahun terbitan :
Pengarang:
ISBN :
Tahun Warta:

No comments

Powered by Blogger.